
Sulit
4 tahun
Sakit semasa membuang air kecil
Saya berumur 24 tahun baru semalam dibedah Kerana masalah appendix Dan juga semalam discharge daripada hospital … masalah saya adalah bagaimana nak menghilangkan rasa sakit Dan perit semasa membuang air kecil, kerana terasa amat2 sakit semasa ingin membuang air kecil

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang sakit ketika membuang air kecil.
Buat masa sekarang, saya menasihatkan anda untuk menghabiskan ubatan yang telah dipreskripsi doktor termasuklah ubat tahan sakit. Selain itu, banyakkan bergerak untuk melancarkan peredaran darah.
Kesan pembedahan ini akan beransur pulih dalam masa dua atau tiga hari, sekiranya masalah sukar kencing anda berlarutan, sila berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan pemeriksaan lanjut.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.