
Sulit
5 tahun
Sakit senak di bahagian pundikencing
Saya lelaki 20 an. Kuat bersukan. Sejak kelmarin sy merasakan senak di pundi kencing sebelah kiri sehingga buah zakar kiri saya. Saya tidak merasakan apa2 pembengkakan. Senak tu lg sakit apabila kita berjalan atau berdiri. Harap dr bleh tolong.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Testicular torsion
Penyakit bawaan seksual (Sexually transmitted disease)
Inguinal hernia
Epididymitis
Orchitis
Masalah buah pinggan seperti batu karang
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Terutama sekali jika sakit anda semakin parah dan berterusan.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.