shofabdullah
7 tahun
Sakit sendi & lutut melebihi 2 bulan
Saya wanita berumur 31 tahun… Selepas meminum air kelapa dengan banyak 2 bulan lepas. Sendi saya merasa sakit dan lutut saya berasa sakit sehingga sekarang.
7 tahun
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Menurut soalan Puan, sakit lutut/sendi tidak disebabkan oleh pengambilan air kelapa. Sakit lutut dan sendi boleh disebabkan oleh
- kekurangan zat besi dan kalsium
- aktiviti yang membebankan
- tidak cukup rehat
- rapuh/hakisan tulang
Untuk mengurangkan rasa sakit tersebut, anda boleh:
- elakkan mengangkat berat yang berlebihan
- amalkan pemakanan yang seimbang
- amalkan senaman dan fisioterapi
- pengambilan supplemen untuk menguatkan tulang seperti kalsium dan vitamin D
Jika kesakitan berterusan dan mengganggu aktiviti seharian, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor dan mendapatkan konsultasi serta rawatan yang sewajarnya.
Anda boleh menghubungi doktor kami untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.



















