Sulit

3 tahun

Sakit sendi yang berpanjangan selepas pernah didiagnosis rheumatic fever, 4 tahun lepas

Saya pernah ada history rheumatic fever empat tahun lpas. Pada waktu tu, saya memang ada sakit2 sendi macam simptom rheumatoid arthritis tpi saya hanya diagnosed dgn rheumatic fever sahaja. Sejak dari tu,saya memang kerap sakit sendi terutama major joint. Terutama tulang belakang dan semua joint low parts (kaki dan ke bawah) sebelah kiri. Dan jgk sendi bahu. Tapii kalau major joint sakit, minor joint X sakit, begitu jgk sebaliknya. Kadang2 menghadkan pergerakan saya. Tapi sakitnya still boleh tahan je. Sejak tu juga, saya sngt menjaga cara saya bergerak. Tapi ada masa, sakit sendi ni terasa amat sakit dan melibatkan major & minor joint sekali. Selalunya berpanjangan selama seminggu dan maksimum beberapa minggu. Tapi ia hanya berlaku dalam sekali atau beberapa kali setahun. Bila jumpa doktor, mereka hanya kata maybe saya over-exercise, sedangkan saya exercise dgn berjalan sahaja, 10 000 steps or less/more, yg sudah menjadi rutin setiap hari. Tapi sakit sendi yg teruk ni mmng slalu akan terjadi kalau saya cuba untuk lebih aktif. Saya cuba jadi lebih aktif untuk menurunkan berat badan kerana obesiti. Tapi disebabkan sakit sendi ni, usaha itu sangat sukar dilakukan. Adakah sakit sendi saya ni ada kaitan dgn rheumatoid arthritis?? Tapi simptom2 lain tiada, hanya sakit sendi yg berpanjangan.

Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang sakit sendi.

Berdasarkan keterangan yang anda berikan sahaja, saya tidak dapat menyimpulkan adakah sakit sendi yang anda alami adalah rheumatoid arthritis atau tidak. Terdapat beberapa kriteria klinikal dan ujian yang perlu di penuhi sebelum mendiagnos seseorang dengan penyakit tersebut. Sakit sendi biasanya disebabkan oleh perkara berikut:

  • Kesakitan ringan mungkin disebabkan oleh terseliuh atau ligamen atau otot yang terkoyak sedikit. Ini boleh disebabkan oleh aktiviti yang berat, mengangkat berat, postur yang tidak elok, kecederaan atau pergerakan tidak betul.
  • Berat badan berlebihan
  • Kecacatan tulang belakang atau tangan dan kaki
  • Kecederaan (kemalangan, bersukan dan sebagainya)
  • Penyakit sendi seperti arthritis
  • Sakit dari pangkal saraf (seperti saraf yang terhimpit
  • Penyakit tulang
  • Ketumbuhan
  • Jangkitan kuman
  • Masalah mental seperti tekanan, kemurungan dan sebagainya
  • Penyakit kronik
  • Ubat-ubatan

Saya menasihatkan anda untuk mengikuti nasihat yang diberikan oleh doktor yang merawat anda. Untuk mengurangkan berat badan, anda boleh mencuba untuk memperbaiki diet dahulu buat masa sekarang dan kurangkan pergerakan yang berlebihan bagi mengelakkan sakit.

Masih terasa lenguh dan sakit tulang? Dapatkan kekuatan yang diinginkan untuk menjalani aktiviti harian anda tanpa gangguan!

Sekiranya sakit anda masih mengganggu aktiviti harian, sila berjumpa kembali dengan doktor bagi mendapatkan konsultasi yang lebih baik.

Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.

backpain

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2)