
Sulit
3 tahun
Sakit senggugut tapi tk datang period. Dah lebih sebulan
Saya dah pernah mengndung dan melahirkan . Ank Saya bru 8 bln. Tpi sejak akhir2 Ni Saya kerap sakit senggugut. Sakit pinggang. Pening.(kadang2 Saya rasa badan Tak balance. Rasa mcm nk jatuh). Masa ank umur 4 bln Saya ada mkn pil noriday. Tp bertahan 2 bulan je. Sbb Saya asyik pening kepala bila mkn. Dan try oralcon dahi Saya pulak naik benjol. Mcm bengkak. So sy quit. Mkn noriday balik. Tp tetap pening jugak. So sy stop kn terus. Saya ada buat test urine. 1 upt mcm samar2. Hampir2 Tak nmpk line tu. Then esoknya tu sy try kt upt lain. 1 line je. Saya confuse sbb ada tanda2 pregnant mcm yg first haritu. Adakah perlu saya beli upt baru yg jenis clear blue tu atau terus direct doktor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, ujian kehamilan mengesan hormon kehamilan yang dipanggil sebagai human hCG (human Chorionic Gonadotrophin). Sekiranya anda mengalami tanda-tanda kehamilan seperti muntah, tiada haid pada bulan seterusnya, kembung perut serta perubahan mood, anda digalakkan untuk melakukan ujian untuk kehamilan. Hormon hCG ini akan meningkat ketika waktu hamil. Kemungkinan keputusan pertama anda samar-samar kerana kadar hormon hCG terlalu sedikit dalam air kencing untuk dikesan ujian kehamilan.
Anda dinasihatkan untuk membuat ujian kehamilan 2 minggu selepas haid anda lewat. Namun begitu, ujian kencing kehamilan mempunyai 97% keberkesanan untuk mengesan kehamilan tetapi ia boleh terjejas jika:
- ujian kehamilan rosak
- teknik yang salah
Anda boleh ke mana-mana klinik berdekatan untuk melakukan ujian kencing kehamilan ataupun melakukan ujian darah yang memberikan keputusan yang lebih tepat.
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.