
Sulit
4 tahun
Sakit senggugut yang melampau-lampau
Saya wanita berumur 20-an dan belum brkahwin. Setiap kali saya datang haid, hari pertama bagaikan mimpi ngeri kerana saya akan mengalami sakit senggugut yang teramat sangat dan tidak tertahan. Saya akan mengalami pening kepala yang teramat, berasa kesejukkan, tidak bermaya, berasa mual, cirit-birit dan sakit di bawah abdomen seperti menikam sehinggakan saya berasa pitam dan tidak berdaya. Sakit yang teruk ini saya akan alami pada hari pertama sahaja dan hari yang seterusnya sakit senggugut masih ada tetapi tidak sesakit hari yang pertama. Kitaran haid saya juga berjalan lancar setiap bulan dan darah keluar banyak sangat pada hari pertama dan kedua. Adakah ini normal atau sebaliknya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit semasa haid boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Akibat bahan kimia prostaglandin yang dibuat di dalam lapisan rahim.
- Endometriosis - Dalam keadaan ini, tisu dari lapisan rahim didapati di luar rahim, seperti pada ovari dan tiub fallopian, di belakang rahim, dan pada pundi kencing. Tisu ini akan berkelakuan seperti tisu rahim dan melekat-lekat sehingga menyebabkan rasa sakit.
- Adenomyosis-Tisu yang biasanya melekat pada rahim mula tumbuh di dinding otot rahim.
- Fibroid-Fibroid adalah pertumbuhan yang terbentuk di luar, di bahagian dalam, atau di dinding rahim. Fibroid yang terletak di dinding rahim boleh menyebabkan kesakitan.
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Seandainya sakit yang dirasakan adalah berlebihan sehingga boleh menyebabkan rutin harian dan pekerjaan anda terganggu, maka adalah amat digalakkan untuk anda mendapatkan rawatan lanjut.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.