
Anonymous
5 tahun
Sakit sengugut yang sangat
Saya berumur 34 tahun belum berkahwin…
Sebelum ni saya memang akan mengalami period pain yg amat setiap kali dtg period…5 tahun kebelakangan ni saya mengalami masalah hormon dan period sy tidak teratur ,bleding smpai admit hospital dan sejak awal tahun ni period sy semakin teratur elok…tapi bulan ni sy dtg period dgn sakitan yg luaq biasa…makn pain killer ,tak ok…ambik injection ,x ok…hilang utk tempoh yg singkat,kemudian sakit semula…sakit yg amat…sy cuma akn ok bila makan postan shj,tapi utk tempoh 6-8 jam shji…kemudian sakit semula… walaupun hari keempat period…kenapa doc?apa perlu sy wat doktor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini(DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah haid sakit ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara.
Masalah senggugut ketika haid adalah salah satu perkara biasa yang terjadi kepada wanita akibat hormon prostaglandin yang merangsang pengecutan rahim ketika haid. Namun begitu, senggugut yang teruk boleh disebabkan oleh masalah lain seperti:
- Tisu endometrium tumbuh di dalam otot rahim
- Tisu endometrium tumbuh di luar rahim
- Ketumbuhan fibroid di dalam rahim
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara peribadi melalui atas talian dan rawatan. Terima kasih.