
Sulit
5 tahun
Sakit seperti menyucuk di telinga dan terdapat cecair
Hi,selamat pagi.Saya berumur 18 tahun dan sejak 4 May saya mengalami sakit di telinga saya.Pada mulanya hanya denyutan namun pada pagi semalam saya kehilangan daya pendengaran dan saya merasakan bahawa terdapat cecair di dalam telinga saya.Pada keadaan tertentu,cecair di dalam telinga saya akan hilang sebentar dan pendengaran saya kembali pulih dalam tempoh 15 saat.Denyutan dan rasa seperti dicucuk di telinga saya tidak hilang.Saya hanya ingin menanyakan bahawa adakah ini gejala symptoms yang serius dan memerlukan rawatan atau ianya akan hilang dengan sendiri,Terima Kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan dalam telinga
- Radang dalam telinga akibat penggunaan putik kapas atau tindakan mengorek telinga
- Pembengkakan kelenjar di belakang telinga
- Mastoiditis - Jangkitan pada tulang berhampiran telinga
- Kista
- Abses atau nanah
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.