
Anonymous
5 tahun
Sakit seperti period pain after habis period
Saya wanita 30an…kitaran period boleh dikatakan normal…senggut memang selalu semasa period…tetapi saya ada satu lagi masalah apabila habis period…bahagian perut dan ari2 akan rasa sakit seperti period pain…kadang2 sehari or sampai 3 hari…adakah ini normal?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit bahagian perut bawah serta ari-ari selepas tamat haid boleh disebabkan:
- Endometriosis – tisu yang membina bahagian dalam dinding rahim (Endometrium) tumbuh pada bahagian luar rahim
- Adenomyosis – tisu endometrium tumbuh ke dalam bahagian otot rahim
- Pelvic Inflammatory Disease (PID) – Jangkitan pada rahim yang kemudiannya merepak ke seluruh pelvis
- Fibroid – Ketumbuhan yang benign di dalam rahim. Masalah ini turut menyebabkan wanita mengalami masalah haid yang terlalu banyak, terlalu lama atau tidak teratur.
- Ketumbuhan polip di dalam rahim
- Sindrom Polisistik Ovari – ketumbuhan cyst pada ovari yang sering menyebabkan kemandulan dalam wanita
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.