
Sulit
5 tahun
Sakit seperti senggugut namun tidak datang haid
saya wanita 20-an dan sekarang saya mengalami sakit perut seperti senggugut namun tidak datang haid. hari terakhir saya period ialah pada 30/8/2019. dan sakit perut ini bermula pada 4/9/2019. bukan itu saja, lendir cairan putih yang keluar dari miss v saya juga ada bercampur dengan sedikit darah. adakah masalah ini serius dan ianya penyakit ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, selain faktor-faktor yang anda sebutkan, cecair coklat yang keluar dari faraj wanita juga boleh disebabkan:
- Keputihan normal - sesetengah wanita sememangnya akan mempunyai “spotting” diwaktu ovulasi (sebelum haid)
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
Pada masa ini, anda hanya perlu meneruskan aktiviti seperti biasa dengan mengamalkan pemakanan dan senaman seimbang serta kurangkan stres. Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall)ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.