Sulit
4 tahun
Sakit seperti sengugut di sebelah kiri perut
Assalam n Salam sejahtera. Sy susie, sya bru juga hbs pantang bsalin pd 31/8. Sy nak tya, sy tiba2 sakit seperti sgugut di sbla kiri bawah perut, sedangkan sy tidak period. Pada 28/12 sy telah mengambil suntikan perancang kali kdua. Adakah ia kesan dari suntikan itu? Tp sblm ini sy xpena lagi sakit seperti ini, melainkan sy period. Sy period mmg akn sakit sengugut. Tp tuk awl haid dan hari kedua shja. Sakit yg sy alami skg Kdg2 rsa xsakit. Kdg2 sakit sgt seperti myucuk2. Bila sy bjln rsa skit tu kurang, tp ttp mc sakit dan rsa skit tu pndi sakit Sgt secara tiba2 dan hilang bgtu saja. Ape yg perlu sy lakukan? Pertama kali dapat sakit seperti ini.
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi iaitu sakit senggugut di sekitar pusat setiap kali period. Sakit senggugut boleh didefiniskan sebagai sakit perut yang teramat sangat sehingga dapat mengganggu nafsu makan minum dan diikuti dengan gangguan berjalan dan menyebabkan anda menekan perut / bongkok selama 2 atau 3 hari.
Untuk makluman anda, sakit senggugut waktu haid (boleh berlaku di luar haid) dapat disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Akibat bahan kimia prostaglandin yang dibuat di dalam lapisan rahim (kadar fluktuasi hormon yang melebihi normal atau melebihi kemampuan tubuh untuk bertoleransi)
- Endometriosis - Dalam keadaan ini, tisu dari lapisan rahim didapati di luar rahim, seperti pada ovari dan tiub fallopian, di belakang rahim, dan pada pundi kencing. Tisu ini akan berkelakuan seperti tisu rahim dan melekat-lekat sehingga menyebabkan rasa sakit.
- Adenomyosis - Tisu yang biasanya melekat pada rahim mula tumbuh di dinding otot rahim.
- Fibroid - Fibroid adalah pertumbuhan yang terbentuk di luar, di bahagian dalam, atau di dinding rahim. Fibroid yang terletak di dinding rahim boleh menyebabkan kesakitan.
Selain itu, gangguan sakit perut di sebelah kiri pula boleh disebabkan oleh
- kesan sampingan suntikan perancang keluarga
- gangguan saluran pencernaan
- jangkitan kuman
- atau gangguan lain yang memerlukan bantuan doktor
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Buat sementara waktu anda boleh menyampaikan perkara ini pada doktor yang telah memberikan suntikan perancangn keluarga tempoh hari. Namun anda perlu segera berjumpa doktor, sekiranya mengalami:
- Pitam atau kelesuan badan
- Kejang atau menggigil
- Mual dan muntah
- Pening atau sakit kepala yang berat
- Aktiviti atau kerja harian amat terganggu
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.






























