
Sulit
3 tahun
Sakit seperti sengugut
Hi doctor, i baru je lepas period macam 1 hari macam tu and i sakit macam sengugut.Masa first day period i dah kena sengugut but tiba tiba dah habis boleh kena. Kalau biasa pun i kena juga ?

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda tentang senggugut yang berlaku dan kami akan cuba untuk membantu anda dalam hal ini.
Untuk pengetahuan anda, gejala senggugut boleh berlaku di kalangan wanita yang masih subur. Senggugut boleh berlaku disebabkan peningkatan prostaglandin dalam tubuh badan wanita yang sering berlaku di sekitar tempoh kitaran haid.
Namun gejala senggugut yang dialami juga boleh berlaku akibat perkara yang serius seperti:
- Endometriosis
- Cyst ovari
- Ketumbuhan rahim
- Penyakit radang pelvis
- IUCD atau alat pencegah kehamilan dalam rahim
- Adenomyosis
Oleh itu, anda disarankan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut ataupun nasihat yang seterusnya.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.