
Sulit
5 tahun
Sakit sibahagian tengah dada
Hi doktor. Saya lelaki berusia 20 tahun. Saya akan mengalami sakit dibahagian tengah dada seperti ditekan/ada pressure dikawasan tersebut jika saya tidur/berbaring buat jangka masa yang lama. Jika saya menggunakan bantal yang agak tinggi (lebih kurang 1 jengkal atau bantal tambahan), saya tidak akan terasa sakit. Jika saya menggunakan bantal yang kurang daripada 1 jengkal misalnya, saya akan terasa sakit dibahagian tersebut. Kesannya, saya akan merasa sakit ketika saya bangun dari tidur. Jika saya mengiring dan mengangkat kepala dengan perlahan-lahan, saya akan mula terasa sakit dibahagian tersebut sehinggakan memerlukan bantuan dari ahli keluarga untuk mengangkat saya bangun jika saya terasa sangat sakit dan sakit itu akan hilang selepas beberapa minit bangun dari berbaring. Kira-kira 6 tahun lepas semasa disekolah, saya bermain bola sepak dipadang. Kawan saya ingin menendang bola masuk ke gawang gol, tetapi mengenai tepat dibahagian tengah dada saya yang mana saya tidak sempat untuk mengelak. Saya terbaring disitu selama 10 minit serta sangat sukar untuk bernafas dan rasa pening kepala selama 30 minit. Selepas dari kejadian itu, saya tidak memberitahu kepada cikgu serta ibubapa saya akan kejadian ini. Adakah itu kesan sampingan dari kejadian 6 tahun lepas atau kesilapan posisi tidur ? Terima kasih kerana sudi membalas.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit dada anda boleh disebabkan beberapa faktor seperti:
- Keradangan tulang rusuk - akibat jangkitan kuman atau kecederaan
- Masalah kekejangan otot dada - akibat postur tidak kondusif, kecederaan
- Kekejangan esofagus (“oesophageal spasm”)
- Penyakit asid refluks (gastrik)
- Anemia - kurang sel darah merah
- Asma atau keresahan
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.