
Sulit
4 tahun
Sakit tangan sebelah kiri dan rasa berdenyut di dada kiri
Saya wanita berusia 21 tahun. saya mula mengalami sakit tangan kiri sejak semalam. tapi dia on-off. harini saya start rasa dada sebelah kiri saya berdenyut, on-off juga.
saya ada history of being admitted to emergency due to hyperventilate and tachycardia

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, sakit atau kebas dan lenguh pada tangan kiri boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Diabetes atau kencing manis - penyakit ini boleh menyebabkan saluran darah ke saraf tersumbat dan menyebabkan sakit saraf
- Carpal Tunnel Syndrome atau sakit saraf bahu - akibat postur tidur atau kecederaan bahu
- Aliran darah yang tidak mencukupi - seperti saluran darah aorta mengecil (“coarctation or aorta”) atau aorta terhiris (aortic dissection)
- Trauma
- Kurang vitamin B atau kalsium
- Sakit jantung
Masalah jantung berdenyut-denyut atau sakit dada mungkin disebabkan oleh masalah jantung. Tetapi terdapat juga penyakit lain yang boleh menyebabkan masalah ini, antaranya :
- Jangkitan kuman pada paru-paru
- Keradangan otot di sekitar dada
- Keradangan tulang rusuk
- Penyakit Refluks (GERD)
- Asma
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Persoalan lanjut dan pemeriksaan fizikal perlu dilakukan di hospital bagi mengetahui keadaan sebenar anda. Sekiranya anda mengalami gejala dibawah, sila berjumpa dengan doktor dengan segera:
- Sesak nafas
- Pitam
- Berpeluh peluh yang berlebihan
- Kebas tangan, lengan dan rahang
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.