
Sulit
5 tahun
Sakit tekak 2 minggu
Saya seorang lelaki 34 tahun, Sudah sakit tekak 2 minggu , bernafas ok , sufu badan 36.8 ~ 37.1 , tidak deman , tidak rasa letih , tidak batuk
Tidak pergi luar negeri 14 hari sebelum lockdown ,
Ada makan gula sakit tekak , tapi masih ada sikit sakit tekak , ada berkaitan dengan Covid 19 ? Doctor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, gejala sakit tekak yang anda hadapi ini boleh disebabkan masalah kesihatan seperti:
- jangkitan virus influenza
- common cold
- jangkitan kuman pada pharynx
- radang tonsil
- dehidrasi
Namun, memandangkan sekarang ialah musim wabak COVID-19. Kita harus menganalisa risiko jangkitan COViD-19. Keperluan ujian saringan adalah berdasarkan risiko anda. Anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini