
Sulit
4 tahun
Sakit tekak 3hari lepas
Hello doktor… 4hari lepas sya ada ke hosp untk temu janji dktor… Slps balik rmh mlm mlm tu sya tfikir virus covid dan jantung sya sngat laju… Kemudian leher sya sakit…pada keesokan harinya… Sakit d tekak ada kurang tetapi d dada terasa sempit… Slps tu 2hari berturut turut tiada lagi sakit tekak… Smalam sya ada mnum alkohol bersama rakan sya Dan lewat mandi… Hri ni tekak sya sering kering Dan dada msih terasa sempit…adkh itu berbahaya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Sakit tekak boleh disebabkan oleh banyak perkara, antaranya:
- Jangkitan kuman
- Radang tonsil
- Radang tekak
- Kecederaan pada tekak akibat batuk atau makanan
Sememangnya keadaan ini amat tidak menyelesakan, anda boleh melegakan sakit tekak dengan cara:
- Gargle dengan air garam suam
- Minum air suam
- Minum air lemon dan madu
- Menghisap lozenge
.
Sekiranya sakit tekak tidak berkurangan atau bertambah teruk, sila dapatkan nasihat lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara atas talian. Terima kasih.