Sulit

3 tahun

Sakit tekak, angin dalam badan

Saya wanita berumur 20-an dan baru disahkan mempunyai penyakit anxiety.Saya ingin bertanya, sehari dua kerap merasa sakit tekak seperti kena belit.Kadang-kadang berlaku di tekak sebelah kanan, dan kadang-kadang di sebelah kiri.

Saya juga kerap merasakan seperti kena cekik apabila berbaring. Adakah ia normal atau tidak. Apabila mandi dan berada di bawah pancuran air hujan, saya akan merasakan seperti nafas tersekat dan lemas. Nafas juga dirasakan seperti tersekat setiap masa

Selain itu, badan saya kerap berangin, kembung, pedih ulu hati, dan sentiasa rasa pening seperti di awan-awangan. Apabila sendawa, saya dapat rasa cecair yang agak pahit keluar dari tekak saya.

Saya memang mempunyai penyakit gastrik dan migrain. Namun setelah diserang anxiety, gejala-gejala yang saya alami semakin bertambah.

Adakah gejala-gejala di atas merupakan gejala GERD atau tidak.

Terima kasih.

Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.

Berdasarkan maklumat yang anda berikan, anda ingin bertanyakan tentang sakit tekak, terasa tercekik apabila berbaring, sesak nafas, lemas ketika mandi, pedih ulu hati yang disertai dengan rasa kembung, pening dan keluarnya cecair yang pahit dari tekak dan sekiranya gejala tersebut adalah GERD. Kami akan cuba membantu anda.

Untuk pengetahuan anda, antara gejala asid refluks atau GERD yang biasa dialami oleh mereka yang menghidapnya adalah:

  • Rasa terbakar di dada (chest burn)
  • Sakit dada
  • Susah menelan
  • Muntah
  • Rasa ketulan di leher

Oleh itu, gejala yang anda alami boleh disebabkan oleh kondisi ini, namun gejala-gejala ini juga boleh dicetuskan oleh pelbagai masalah kesihatan yang lain.

Memandangkan anda juga mempunyai anxiety, masalah kesihatan ini juga boleh mencetuskan gejala seperti tercekik dan sesak dada atau nafas dalam sesetengah keadaan.

Jadi, anda amat disarankan untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut terhadap gejala yang anda alami bagi mengetahui punca gejala-gejala ini.

Masalah seperti GERD dan gastrik yang tidak dirawat boleh menjadi lebih serius terutamanya dengan tekanan sehingga boleh menyebabkan komplikasi seperti:

  • Pendarahan dalam perut
  • Kobocoran usus atau perut

Sila hubungi kami secara atas talian untuk penerangan lanjut dan rujukan kepada pakar gastroenterologi sekiranya perlu.

Terima kasih

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Klik di sini untuk bercakap dengan Gastroenterologist

AdobeStock_180232799

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)