
Sulit
4 tahun
Sakit tekak, batuk dan mula rasa demam
Selamat Petang Doctor.
Saya Daniel James dari Kota Kinabalu Sabah.
Saya amat risau untuk beberapa hari ini kerana saya mula berasa sakit tekak (sukar menelan), batuk dan ketika ini berasa ketidak selesaan seperti hendak mula demam. Badan terasa lesu dan penat.
Kerisauan ini timbul kerana saya telah demam 1 kali pada bulan march, dan sekali lagi pada bulan April tahun ini. Pada tahun2 lepas, saya cuma demam sekali untuk tempoh 8 bulan. Tetapi ketika ini , frekuensi demam berlaku adalah dalam masa yang singkat.
Kerisauan saya juga didorong oleh kerana teman serumah merupakan pengiring pelajar IPT yang pulang balik ke Sabah daripada semenanjung. Teman serumah bertugas sejak 5hb Mei 2020. Dan pada 6 mei ada menguruskan pelajar IPT UPSI yang tiba di lapangan terbang KKIA (dimana 2 orang didapati positif Covid 19).
Saya ada menelefon klinik kesihatan untuk bertanya samada perlu membuat ujian, namun tidak dinasihatkan kerana bukan contact rapat. Namun saya amat risau ketika ini kerana takut simpton menjadi teruk. Adakah saya cuma demam biasa? Teman serumah saya tidak menunjukkan gejala demam, cuma batuk sahaja.

4 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Sekarang kita sedang mengalami wabak coronavirus. Oleh itu, kami memahami kebimbangan anda.
Seperti yang anda sedia maklum, gejala COVID-19 ini adalah umum dan sangat berkait rapat dengan penyakit lain. Oleh itu, sukar untuk membezakan sebab gejala yang anda hadapi dengan hanya mengetahui simptomnya sahaja.
Selain COVID-19, gejala sakit tekak, sakit kepala, batuk dan badan lenguh boleh disebabkan masalah kesihatan lain. Antaranya:
- Jangkitan bakteria atau virus lain seperti virus influenza
- Asma
- Allergic Rhinitis
- Pneumonia
- Penyakit tibi
- COPD
Oleh kerana itu, penilaian risiko diperlukan bagi membantu membuat keputusan. Justeru anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya. Untuk makluman anda, ujian saringan COVID-19 dijalankan di hospital kerajaan secara percuma namun bagi mereka yang berisiko tinggi sahaja.
Anda boleh melakukan ujian untuk COVID-19 di hospital-hospital dalam senarai ini. (Designated Hospital for COVID-19)
Kami juga menyediakan service home testing yang boleh didapati di link berikut: COVID-19 Screening At Home
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Di kesempatan ini saya ingin mengingatkan anda supaya tinggal di rumah dan hanya keluar sekiranya perlu. Semoga dengan kerjasama semua pihak, wabak ini dapat dibendung sebelum ianya semakin parah. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini