
Sulit
5 tahun
Sakit tekak,batuk,sakit dada,sakit sendi,pening kepala dan lemah badan
Saya salah seorang yang diarahkan untuk dikuarintin selama 14 hari…kata doktor kalau keadaan saya semakin bertambah teruk saya perlu ke hospital semula…apa yang saya tahu pihak hospital hanya akan menahan pesakit yang demam dan sesak nafas…buat masa sekarang simptom yang saya alami ialah sakit tekak, batuk,sakit dada,lemah badan dan sakit sendi…jadi soalan saya di sini saya ada tengok video seorang doktor mengatakan yang simptom covid 19 ni tak semestinya demam dan sesak panas…ada yang hanya sakit tekak sahaja tapi bila dilakukan ujian ternyata positif covid 19…saya rasa agak risau kerana saya tak pernah rasa sakit sendi dan lemah badan sperti mana yang saya sedang alami sekarang ini,pihak hospital hanya akan mengambil tindakan lanjut hanya sekiranya jika saya demam dan sesak nafas…adakah saya perlu ke hospital sekali lagi atau terus duduk di rumah dan makan ubat yang diberi oleh doktor?

5 tahun
Selamat Sejahtera
Terima kasih di atas soalan yang diajukan. Saya memahami kebimbangan anda berkait rapat dengan wabak COVID-19. Berdasarkan simptom sesak nafas, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Selain daripada jangkitan COVID-19, simptom yang anda alami, boleh disebabkan oleh masalah kesihatan seperti berikut:
- Jangkitan bakteria atau virus
- Radang tonsil
- Allergic Rhinitis
- Pneumonia
- Penyakit tibi
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih dan semoga cepat sembuh.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini