
suzarahman6677
5 tahun
Sakit tekak.dah 2 bulan0
Dr.saya mengalami ketidakselesaan dlm tekak .seperti ada benda asing lekat di tekak.yg membuat saluran angin dlm macam tersekat.effect pada leher dan bahu rase kejang.kdg2 membuat saya banyak keluarkam angin dr mulut

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, sakit tekak yang berpanjangan boleh disebabkan:
- Asid refluks
- Radang esofagitis
- Jangkitan bakteria/virus
- Ketumbuhan dalam tekak
- Beguk retrosternum
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doctor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.