
Sulit
5 tahun
Sakit tekak dah lebih sebulan..dah pergi klint makan antibiotic pun tak baik lagi
Sy sakit tekak sudah sebulan lebih dan ada macam telan ubat tak lepas kt halkom.tak ada deman cuma batuk kadang2 sahaja sy dah pergi klint n mkn ubat antibiotic 3minggu lepas tak baik lg

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda,masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Jangkitan bakteria/virus
Alahan
Tekak luka akibat batuk
Tekak tercedera akibat makanan keras atau tajam
Terlalu banyak menjerit atau bercakap
Kurang minum air
Buat masa sekarang, saya sarankan anda melegakan rasa tidak selesa ini dengan cara:
- Gargle dengan air garam suam
- Minum air suam
- Minum air lemon dan madu
- Menghisap lozenges
Sekiranya masalah anda makin parah, saya sarankan untuk anda berjumpa lagi dengan doktor bagi mendapatkan pemeriksaan lanjut.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.