
Sulit
5 tahun
Sakit tekak dalam tempoh 12 hari
Saya seorang lelaki berumur 21 tahun. Saya telah mengalami sakit tekak selama 11 hari. Namun, dalam tempoh 11 hari itu sakit tekak saya ON/OFF. 2 hari pertama tekak saya sakit, saya ada mengambil difflam dan berkumur air garam. Selepas itu sakit itu mula hilang. Tetapi selepas 4 hari tekak kembali sakit. Saya terus ke klinik berhampiran dan Doktor memberi antibiotics dan ubat radang. Selepas makan ubat berkenaan sakit tekak mula reda namun pada 31/3/2020 saya mula rasa sakit kembali. Sakit ini juga menyebabkan gegendang telinga tidak selesa.Setakat ini tiada demam, batuk dan selsema. Apakah patut saya lakukan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk makluman anda, masalah sakit tekak yang berlanjutan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- dehidrasi
- radang tonsil
- radang pharynx
- alahan
Namun, ia juga merupakan gejala COVID-19. Untuk melihat samada anda memerlukan ujian saringan atau sebaliknya, ia berdasarkan risiko anda. Oleh itu, anda boleh melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini