
Sulit
4 tahun
Sakit tekak dan antibiotik
Saya pernah mengalami sakit tekak selama lebih 6 hari. Sekarang, saya telah beransur baik dan tidak sakit lagi. Adakah perlu saya ambil ubat yg telah diberikan? Saya telah menerima preskripsi antibiotik Clavomax dan lozenge Difflam daripada doktor. Saya terlupa untuk bertanyakan jika ubat ini sesuai jika saya sedang menyusukan anak. Harap doktor boleh bantu.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Bagi ubat antibiotik, sekiranya doktor telah melakukan pemeriksaan ke atas anda, anda seharusnya menghabiskan ubat antibiotik tersebut. Tetapi, sekiranya berlaku kesan sampingan seperti cirit birit, jangkitan kuman akibat pengambilan antibiotik, anda perlu segera berhenti mengambilnya dan merujuk semula dengan doktor anda.
Untuk ubat sakit tekak pula, anda hanya boleh mengambil di bawah arahan doktor sahaja. Dalam kes anda, doktor telah mencadangkan ubat tersebut selepas pemeriksaan dibuat, maka adalah selamat untuk anda mengambilnya walaupun ketika menyusu.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.