Sulit
3 tahun
Sakit tekak dan batuk ringan serta sakit di dalam telinga
Saya wanita berumur 28 tahun. Sy mengalami sakit tekak sejak beberapa hari lalu. Sakit yg perit, susah utk telan air. Semalam saya mula batuk ringan dan sakit dalam telinga. Adakah saya perlu ke klinik utk antibiotik?
4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, masalah sakit tekak, batuk ringan, sakit telinga dan kesukaran untuk telan air liur boleh disebabkan oleh beberapa perkara:
- Tonsilitis
- Pharyngitis
- Otitis Media (Jangkitan pada telinga)
- Allergic rhinitis
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.