
Sulit
4 tahun
Sakit tekak dan berdarah
Tekak saya sakit tp sy x batuk atau demam…selera mkn sy pun ok cuma baru shj td semasa sy buang air liur ada sedikit darah…adakah berbahaya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini ( DoctorOnCall )untuk bercakap dengan doktor.
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Untuk pengetahuan anda, antara punca yang menyebabkan sakit tekak adalah:
- Jangkitan bakteria/virus
- Tekak luka akibat batuk
- Tekak tercedera akibat makanan keras atau tajam
- Terlalu banyak menjerit atau bercakap
- Kurang minum air
Maklumat lanjut, pemeriksaan dan ujian mungkin diperlukan untuk mengesan punca masalah yang anda hadapi ini. Klik pada link ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian bagi penerangan lanjut. Terima kasih.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.