
Sulit
3 tahun
Sakit tekak dan masalah hidung sumbat
Saya berusia 38 tahun mengalami pedih,panas dan perit di bahagian tekak.terutama pada waktu malam.macam ada bendalir asid dalam tekak saya…kdang2 saya tersedak,batuk waktu tengah tidur… sekarang ni labuh kerap berlaku sehingga menganggu tidur saya…saya juga ada masalah resdung, hidung sebelah kiri sumbat…tekak saya ni macam banyak sangat bendalir,lendir atau kahak…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami anda mengalami rasa pedih, panas dan perit di bahagian tekak terutamanya pada waktu malam berikutan dengan batuk dan tersedak. Anda juga mempunyai masalah resdung dan hidung tersumbat. Kami akan cuba membantu anda.
Masalah yang dialami oleh anda boleh disebabkan oleh :
- Masalah resdung
- Postnasal drip
- GERD (Asid refluks)
- Esophagitis
Kami memerlukan maklumat tambahan dari anda untuk memberikan diagnosis yang lebih tepat. Oleh itu, saranan kami untuk anda adalah merujuk perkara ini kepada doktor pakar ENT.
Anda boleh mendapatkan temujanji bersama pakar ENT kami secara atas talian.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.