
Sulit
4 tahun
Sakit tekak dan mata panas
Saya perempuan berumur 34 tahun…saya mengalami sakit tekak dan terasa pedih di tekak,hidung tersumbat, pedih hulu hati dan tidak selesa untuk bernafas dan terasa dalam mata dan pernafasan Dr hidung panas…saya tidak demam tp badan saya sering kesejukan dan tidak selesa

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat pelbagai perkara yang boleh menyebabkan masalah ini berlaku. Antaranya ialah ;
- Asid refluk/ GERD
- Keracunan makanan
- Gastritis
- Masalah ulser perut
- Anemia
- Hypoglycemia (Kekurangan gula dalam darah)
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.