
Sulit
5 tahun
Sakit tekak dan pening kepala
Saya wanits berusia 20an. Kebelakangan ini saya mengalami sakit tekak dan batuk. Sampai tahap dimana tekak berasa sakit jika hendak menelan air liur. Keadaan tak menentu kadangkala rasa baik sahaja kadangkala sakit semula. Dan kadangkala pening kepala hingga kebahagian rahang. Kenapa ya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- jangkitan virus
- penyakit Tuberkulosis
- asma
- radang tonsil
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.