nafis.amaterasu99
5 tahun
Sakit tekak dan rasa
Saya lelaki, berusia 20-an saya rasa sakit di bahagian rogga tekak, agak sukar untuk menelan air liur dan kadang sukar untuk tarik nafas panjang, sudah hampir sebulan menahan dan sudahpun makan ubat antibiotik akan tetapi masih rasa sakit. Bagaimana ye? Adakah perlu di xtray atau berjumpa doktor pakar?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Tonsillitis
- Ketumbuhan dalam tekak
- Radang tekak
- Globus makanan
- Terdapat bahagian yang sempit pada laluan tekak “ stricture ”
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.




























