hidayahms96
6 tahun
Sakit tekak dan sakit telinga lebih dari dua minggu
Saya sakit tekak dan apabila sakit tekak tu telinga saya turut merasa sedikit sakit. Tekak saya tak berapa perit tetapi saya merasakan ada benda dikerongkong saya. Tidak ada batuk dan demam saya on off tetapi tidak melebihi 37.5 . Ubat apa yg perlu saya ambil untuk masalah sakit tekak dan kerongkong saya ini? Adakah perlu saya buat pemeriksaan untuk covid19?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Sekarang kita sedang mengalami wabak coronavirus. Oleh itu, kami memahami kebimbangan anda.
Berdasarkan simptom sahaja, sukar untuk menentukan adakah ianya jangkitan covid atau masalah lain yang boleh menyebabkan gejala sama seperti berikut. Maka keperluan untuk anda membuat ujian COVID-19 bergantung kepada risiko. Justeru, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya. Langkah ini adalah bagi mengurangkan kesesakan di hospital serta mengelakkan anda untuk keluar dari rumah tanpa alasan yang kukuh.
Untuk pengetahuan anda juga, ujian COVID-19 menggunakan sampel tekak hanya dilakukan ke atas individu yang berisiko tinggi dan memenuhi kriteria sahaja. Mereka adalah antara individu yang:
Mengalami simptom dan mempunyai sejarah perjalanan ke negara yang berisiko tinggi
Mengalami simptom atau tidak tetapi mempunyai sejarah kontak rapat dengan individu yang disahkan positif COVID-19
Untuk rawatan masalah tekak anda, sukar untuk saya memberi ubat kerana pemeriksaan lanjut bagi mendapatkan punca masalah anda harus diketahui sebelum rawatan diberikan. Namun begitu anda boleh cuba mengamalkan langkah beriku:
Madu
Bernafas dengan wap air panas
Halia
Berkumur dengan air garam
Saya nasihatkan, anda untuk mengawasi dahulu gejala anda. Sekiranya berlanjutan dan semakin parah, anda digalakkan untuk mendapatkan nasihat doktor. Selain itu, amalkan langkah pencegahan berdasarkan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Kawalan Penyakit Malaysia seperti berikut:
- Mencuci tangan dengan sabun dan air.
- Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci.
- Jauhi daripada orang yang sakit terutamanya yang menunjukkan simptom jangkitan Coronavirus
- Elakkan daripada mengunjung kawasan tumpuan ramai orang
- Elakkan daripada memakan daging mentah atau yang tidak dimasak dengan sempurna
- Pastikan mulut serta hidung ditutup dengan tisu ketika batuk atau bersin dan buang tisu ke tong sampah
- Cuci permukaan objek atau barangan secara berkala.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Di kesempatan ini juga saya ingin mengingatkan anda untuk tinggal di rumah seperti yang diarahkan oleh pihak berkuasa dan hanya keluar sekiranya perlu. Amalkan social distancing. Dengan kerjasama semua pihak, saya berharap wabak ini dapat dibendung sebelum ianya bertukar menjadi lebih parah. Terima kasih.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































