annisnuridayu
6 tahun
Sakit tekak, demam, berkahak
Hi saya wanita berusia 23 tahun. Selepas pulang dari majlis perkahwinan kwan saya di Shaha Alam semalam, saya mendapati bahawa saya telah sakit tekak. Namun pada harini ini, sakit tekak saya kian menjadi buruk dan saya mula rasa seperti demam. Saya juga mempunyai kahak di sekotar kerongkong dan pening kepala. Saya telah pun pergi berjumpa doc di klinik pada pagi tadi & beliau berkata saya cuma sakit tekak biasa. Mohon bantuan doctor apa yg patut saya lakukan? Perlukah saya merujuk ke doc lain?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera.
Terima kasih untuk soalan anda. Oleh kerana anda mempunyai gejala demam, sakit tekak, berkahak dan pening kepala, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Selain daripada jangkitan COVID-19, simptom anda boleh disebabkan oleh masalah kesihatan seperti berikut:
- Jangkitan bakteria/virus
- Tekak luka akibat batuk
- Tekak tercedera akibat makanan keras atau tajam
- Terlalu banyak menjerit atau bercakap
- Kurang minum air
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.





























