
fatinmunir
5 tahun
Sakit Tekak, Demam dan Batuk
Dear doctors,
Saya berumur 29 tahun telah mengalami gejala sakit tekak bermula dari rabu minggu lepas (11/3/20), dan pada hari khamis minggu lepas (12/3/20) saya mula demam dengan suhu sehingga ke 38degree.
Tapi setelah sy mengambil ubat demam, demam sy surut selepas beberapa jam, tapi sakit tekak masih ada dan juga batuk disusuli dengan sakit kepala.Pada hari sabtu (14/3/20), sakit tekak dah berkurang namun pada hari isnin(16/3/20), sy demam kembali beserta dengan tekak yang kembali sakit beserta batuk yang kadang2 kering dan kdg2 berkahak. Pada hari selasa (17/3/20), saya telah pergi ke klinik mengambil antibiotik. Sakit tekak dah tiada buat masa skrg tetapi batuk masih ada. Perlukah sy membuat screening utk covid19? Namun begitu, sy tidak ada keluar negara/berhubung dengan sesiapa yg positif covid19.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Sekarang kita sedang mengalami wabak coronavirus. Oleh itu, kami memahami kebimbangan anda.
Seperti yang anda sedia maklum, gejala COVID-19 ini adalah umum dan sangat berkait rapat dengan penyakit lain. Oleh itu, sukar untuk membezakan sebab gejala yang anda hadapi dengan hanya mengetahui simptomnya sahaja.
Selain COVID-19, punca-punca sakit tekak, demam dan batuk boleh disebabkan masalah kesihatan lain. Antaranya:
- Jangkitan bakteria atau virus yang lain seperti virus influenza
- Asma
- Allergic Rhinitis
- Pneumonia
- Penyakit tibi
Oleh kerana itu, penilaian risiko diperlukan bagi membantu membuat keputusan. Justeru anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya. Untuk makluman anda, ujian saringan COVID-19 dijalankan di hospital kerajaan secara percuma namun bagi mereka yang berisiko tinggi.
Anda boleh melakukan ujian untuk COVID-19 di hospital-hospital dalam senarai ini. (Designated Hospital for COVID-19)
Kami juga menyediakan service home testing yang boleh didapati di link berikut: COVID-19 Screening At Home
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Di kesempatan ini saya ingin mengingatkan anda supaya tinggal di rumah dan hanya keluar sekiranya perlu. Semoga dengan kerjasama semua pihak, wabak ini dapat dibendung sebelum ianya semakin parah. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini