
Sulit
5 tahun
Sakit tekak di sebabkan tongsil dan juga rasa sakit sakit kepala ringan serta ada rasa lenguh di bahagian sendi sendi badan tetapi tidak ada rasa demam
saya lelaki berumur 24 tahun…tidak ada contact dengan sebarang pesakit covid19. pada ari khamis lalu saya telah pegi ke hospital dan di diagnose oleh doktor kerana tongsil saya sebelah kanan sedikit bengkak dan ada alsa. pada hari ini saya de merasa sedikit sakit2 kepala yang ringan dan sedikit tidak selesa di bahagian tekak tapi tidak sampai tahap sakit tekak. saya juga tidak ada demam . adakah saya perlu mendapatkan pengesahan bago covid19?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih kerana mengajukan soalan. Kami faham dimana dalam kes anda, anda mempunyai masalah tonsil, sakit kepala dan rasa tidak selesa pada tekak.
Untuk maklumat anda, anda berisiko untuk dijangkiti jika anda baru pulang dari negara yang teruk terjejas seperti China, Itali, Korea Selatan, Jepun, Iran dan sebagainya atau anda telah berjumpa/ kontak rapat dengan pesakit yang disahkan positif COVID-19.
Buat masa sekarang, jika anda tiada kontak rapat atau anda tidak pulang dari negara yang disebutkan tidak menjadikan anda seorang yang berisiko tinggi untuk dijangkiti lebih-lebih lagi jika anda mengamalkan langkah-langkah pencegahan yang disarankan seperti:
- Mencuci tangan dengan sabun dan air.
- Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci.
- Jauhi daripada orang yang sakit terutamanya yang menunjukkan simptom jangkitan COVID-19
- Elakkan daripada mengunjung kawasan tumpuan ramai orang
- Elakkan daripada memakan daging mentah atau yang tidak dimasak dengan sempurna
- Pastikan mulut serta hidung ditutup dengan tisu ketika batuk atau bersin.
Walaubagaimanapun, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini