
nurfadzillayusoff
5 tahun
Sakit tekak hampir sebulan
Salam sejahtera.
Sy wanita berusia 35 tahun.
Sy dah hampir sebulan sakit tekak. Sudah 4 kali ke klinik dan dapatkan pandangan doktor. Sy dah makan difflam, zecuff dan antibiotik Amoxiliin dan juga zithrolide. Jugga ah habiskan gargle

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, konsultasi dengan pihak kami adalah sangat terhad berbanding dengan doktor di klinik atau di hospital.
Terdapat pelbagai masalah yang boleh menyebabkan sakit tekak. Antaranya;
Allergi
Postnasal drip- mukus dari sinus mengalir ke dalam tekak dan menyebabkan iritasi
Bernafas dengan mulut- terutama sekali ketika anda tidur
Tonsilitis
Refluks asid dari perut (GERD)
Jangkitan- seperti jangkitan Epstein-Barr virus, gonorrhea
Akibat dari pencemaran di sekeliling
Merokok
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat dan seterusnya mendapatkan rawatan yang sesuai, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor lagi.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.