
Sulit
5 tahun
Sakit tekak, kesukaran menelan dan kerap sendawa
saya lelaki berumur 43 tahun. dari semalam sy menghdapi kesukaran menelan seolah kerongkong saya ketat. tiada batuk atau demam sehingga sekarang. sy juga kerap sendawa dan sakit dada selepas makan.

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, masalah sakit tekak dan sendawa serta sakit dada selepas makan boleh disebabkan oleh:
- GERD
- Gastritis
- Jangkitan bakteria dan virus
- Tonsilitis
- Pharyngitis
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.