
Anonymous
5 tahun
Sakit tekak ketika menelan makanan
Saya wanita berumur 32tahun…mengalami sakit tekak hampir 1bulan…berlaku secara tiba tiba ketika puasa…sehingga kini masih belum pulih…setiap kali malam akan lebih sakit. Telah berjumpa dengan doc…doc memberitahu jangkitan kuman…doc tersebut memberikan antibiotik dn rahan sakit…ubat telah pun habis tapi sakit tidak juga sembuh… saya juga mengambil strepsil berkumur dengan listerine…avoid segala jenis ais tetapi masih sama tiada beza… saya sangat terganggu dengan kesihatan saya kerana saya juga mempunyai anak2 yang perlu di jaga. Jika sakit tiba saya mula mengabaikan anak2 saya. Saya harap doc dapat membantu dan memberi penjelasan…

5 tahun
Sakit tekak ketika telan kadang-kadang boleh dikaitkan dengan penyakit yang tidak teruk, seperti selesema atau sakit tekak yang perit. Dalam kes yang sedemikian, sakit ketika menelan akan sembuh dengan sendirinya seiring dengan masa. Sakit yang kronik ketika menelan mungkin dikaitkan dengan yang lain. Terdapat beberapa penyakit yang boleh menyebabkan ‘odynophagia’. Antara kemungkinan yang ada adalah:
- Jangkitan Candida : Ini adalah jangkitan kulat (yis) yang mungkin berlaku di dalam mulut anda. Ia boleh merebak dan menyebabkan gejala esophageal termasuklah sakit ketika telan air liur.
- Penyakit refluks Gastroesophageal (GERD): Ini terbentuk daripada injap rendah di esofagus yang tidak tertutup dengan betul. Akibatnya, asid perut terkeluar dan kembali ke esofagus. Anda mungkin mengalami GERD jika anda mengalami sakit tekak ketika menelan bersama-sama dengan gejala lain, seperti pedih ulu hati atau sakit dada.
- HIV : Masalah esofagus sering berlaku bagi sesiapa yang menghidap HIV. Jangkitan Candida adalah punca yang paling biasa terjadi. Kadang-kadang agen antiretroviral digunakan untuk merawat HIV yang boleh menyebabkan refluks asid terjadi. Ini kemudian boleh membawa kepada gejala lain seperti ‘odynophagia’.
- Ulser : Ini adalah luka yang boleh berlaku di dalam mulut, tekak, atau esofagus, serta perut anda. Ulser mungkin juga disebabkan oleh GERD yang tidak dirawat. Penggunaan ubat-ubatan anti-radang dalam jangka masa yang panjang, seperti ibuprofen (Advil, Motrin IB), boleh meningkatkan risiko ulser.
- Keradangan mulut, tekak, atau esophagus yang disebabkan oleh tonsilitis, pharyngitis, laringitis, atau esophagitis.
- Tembakau, alkohol atau ubat-ubatan yang menyalahi undang-undang boleh mengganggu mulut, tekak, dan esofagus, membuatkan sakit tekak ketika menelan.
- Minum minuman yang sangat panas atau sejuk untuk tempoh masa yang panjang boleh menjejaskan lapisan lendir bagi esofagus.
- Sakit tekak ketika menelan juga boleh disebabkan oleh rawatan perubatan, seperti terapi radiasi untuk kanser. Sesetengah ubat-ubatan preskripsi juga boleh menyebabkan kesakitan tekak ketika menelan.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.