
Sulit
5 tahun
Sakit tekak mulai tahun 2017,mula rasa tidak sedap utk menelan seolah-olah ada benda didalam mulut
Pada 2018,hampir 2@3 kali saya x dpat bernafas akibat bengkak di tekak saya…saya makan ubat yg diberi di hospital,sehingga skrg 2020,saya masih lagi sakit tekak,susah nk telan benda keras,pedih tekak,kering air liur,panas tubuh jgk jrg2 mungkin demam,skrg,saya g klinik ,dia cakap ada merah2 kat tengkak saya…dia bagi ubat utk kumur,ubat paracetamol …loni,saya telan ajrt liur macam ada bnyi,panas dan pedih di tekak saya rasa…,saya ada masalah gastrik jgk…mungkin asid naik keatas menyebabkan ada merah2 kat tekak saya…kahak pun ado…bleh doktor terangkan serba sedikit tentang masalah penyakit sahay skrg ini… terima kasih doktor:+1:

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Berdasarkan keterangan di atas, saya berpendapat anda mengalami masalah tonsilitis atau injected pharynx. Akan tetapi, saya tidak pasti akan punca masalah anda ini. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Jangkitan bakteria/virus
Tekak luka akibat batuk
Tekak tercedera akibat makanan keras atau tajam
Terlalu banyak menjerit atau bercakap
Kurang minum air
Anda boleh melegakan rasa tidak selesa ini dengan cara:
- Gargle dengan air garam suam
- Minum air suam
- Minum air lemon dan madu
- Menghisap lozenges
Buat masa sekarang, anda awasi dahulu gejala anda… Sekiranya berlarutan atau semakin parah, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.