
farahzurfa
5 tahun
Sakit tekak pedih dan panas
Around two weeks ni setiap kali saya makan makanan yang pedas, tekak saya jadi pedih dan panas. Sebelum ni saya okey je, but lately saya noticed yang even makanan tu tak pedas sangat pun tekak saya jadi panas dan pedih sikit. And now dalam couple days ni, saya mula rasa tekak saya pedih, suara mula hilang, and ada kahak. What is going on actually? Thankyou

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan gejala-gejala yang cik/puan nyatakan, sakit tekak boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Refluks asid (refluks boleh masuk ke saluran pernafasan dan menyebabkan kahak terhasil ketika tidur)
- esofagitis (radang esofagus)
- jangkitan kuman
- ulser oro-faringus
- kandidiasis
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.