
nadyarokman7
5 tahun
Sakit tekak sakit telan air liur dan rasa lidah dan lelangit mulut seperti melecur
Saya wanita berusia 37 tahun. beberapa hari ini dua hari sebelum raya saya kena sakit tekak, susah telan air liur apa lg makan, berlanjutan hingga lidah seperti melecur baru lepas minum air panas. pelik kerana saya tidak minum air panas pun dan saya biasa juga sakit tekak tapi tak pernah rase seperti ini sebab rasa macam melecur lidah dan lelangit. tak tahu punca nya apa, adakah ini sakit tekak biasa doktor dan apakah rawatan yang saya perlu utk sembuhkannya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Sakit tekak boleh disebabkan oleh banyak perkara, antaranya:
- Jangkitan kuman
- Radang tonsil
- Radang tekak
- Kecederaan pada tekak akibat batuk atau makanan
Sememangnya keadaan ini amat tidak menyelesakan, anda boleh melegakan sakit tekak dengan cara:
- Gargle dengan air garam suam
- Minum air suam
- Minum air lemon dan madu
- Menghisap lozenge
.
Sekiranya sakit tekak tidak berkurangan atau bertambah teruk, sila dapatkan nasihat lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara atas talian. Terima kasih.