
Sulit
4 tahun
Sakit tekak sampai leher demam badan sakit
Saya wanita dalam 23 thn sy dah 5 hari demam…sakit tekak badan sakit , tengkuk sakit dan bengkak…tekak saya pun tekak ada mcam putih2 nk telan air liur pun sakit sangat

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda hadapi. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan seseorang mengalami masalah sakit tekak:
- Radang tonsil (tonsilitis)
- Batu tonsil
- Radang tekak (pharyngitis atau laryngitis)
- Bendasing di dalam tekak (foreign body)
- Jangkitan kelenjar air lur
Dapatkan kelegaan sakit tekak dan lalui hari anda dengan ceria.
Ini hanyalah pandangan kami secara am mengenai masalah yang anda hadapi. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan lanjut dapat dibuat dan rawatan dapat diberikan. Kami tidak dapat memberi sebarang rawatan kerana ia memerlukan maklumat lanjut dan pemeriksaan perlu dilakukan terlebih dahulu.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.
Sila berjumpa dengan doktor segera kerana hal ini memerlukan perhatian dan ia juga mungkin berpunca daripada masalah yang tidak dinyatakan di atas.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami di atas talian. Terima kasih.