
Anonymous
5 tahun
Sakit tekak sehingga ganggu pernafasan
Saya wanita berusia 23 thn
Saya mengalami masalah kekejangan di perut,berasa seperti ada sesuatu tercekik di tekak & agak susah bernafas serta berasa pahit/kelat di mulut.Loya jugak sering terasa & sakit kepala terasa hingga ke bahagian mulut

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini(DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Sakit tekak boleh disebabkan oleh banyak perkara, antaranya:
- Jangkitan kuman
- Radang tonsil
- Radang tekak
- Kecederaan pada tekak akibat batuk atau makanan
Sememangnya keadaan ini amat tidak menyelesakan, anda boleh melegakan sakit tekak dengan cara:
- Kulum dengan air garam suam
- Minum air suam
- Minum air lemon dan madu
- Menghisap lozenge
Sekiranya sakit tekak tidak berkurangan atau bertambah teruk, sila dapatkan nasihat lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara atas talian. Terima kasih.