
Sulit
5 tahun
Sakit tekak sejak minggu lepas, dada merasa kurang selesa, tiada demam buat masa sekarang
Saya wanita berumur 26 tahun, pada minggu lalu, tekak saya berada di dalam keadaan tidak selesa dan pada hari jumaat, saya telah pergi ke klinik najwa di sungai merab luar. Doktor telah memberikan ubat sakit tekak dan juga batuk. Namun begitu, sehingga hari ni tekak saya berasa sangat tidak selesa dan sudah merasa sakit dan seperti kahak yang tersekat.
Dada saya juga merasa amat tidak selesa.

5 tahun
Hai.
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Saya faham tentang kebimbangan anda mengenai gejala sakit tekak yang berlanjutan lebih-lebih lagi pada musim wabak risiko jangkitan COVID19. Oleh itu, anda disarankan untuk melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.Sekiranya anda berisiko tinggi, ujian saringan di klinik kesihatan atau hospital kerajaan perlu dijalankan.
Namun, selain jangkitan COVID19, sakit tekak boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- jangkitan virus
- jangkitan kuman
- radang tonsil
- pharyngitis
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini