Sulit
6 tahun
Sakit Tekak, selsema, hidung tersumbat, sakit perut, rasa nak muntah, kadang kala rasa sendiri demam tetapi suhu badan yang tinggi pun 37C
I tidak pernah pergi ke luar negara dan telah check Self Assesment yang terdapat di MOH mengatakan bukan covid-19.
Tetapi ingin double confirm bahawa adakah keadaan saya symptom covid-19? Kerana ia menyebabkan saya tidak dapat tidur baik dan risau
Keadaan saya adalh berikut:
saya sakit perut, tetapi rasanya bukan cirit-birit(kerana kadang-kala saya duduk kat tandas 10mins baru ok)
dan semasa saya makan atau susah nak nafas, saya akan rasa nak muntah(adakah ini salah satu symptom?)
rasanya saya hidung sumbat, kerana kadang-kala susah nafas menggunakan hidung(tetapi kalau saya tak pedulinya, saya ok sahaja, hanya apabila saya care nya, saya akan rasa susah nak nafas)
adakah hidung tersumbat akan menyebabkan sesak nafas?
dan tekak saya tak sure adakah sakit kerana apabila saya menelan, cakap, ok je, tetapi kadang-kala saya akan vaguely rasa ia sakit(adakah ini consider sakit tekak atau apa?)(tekak pun kadang-kala rasa panas)
kadang-kala saya rasa saya demam, tetapi apabila check , 37C, adakah ini demam ataupun normal?(normal suhu adalah berapa untuk orang yang berumur 17 ke atas)
bolehkan doktor menerangkan bagaimana consider hidung tersumbat, sesak nafas, sakit tekak?
Dan kita dapat lihat banyak orang share mengenai symptom-symptom covid-19 dari day1-day10, adalah itu boleh accurate dan boleh dipercayai and test sendiri kat rumah?
Terima kasih awal-awal atas penerangan doktor.
6 tahun
Salam sejahtera,
Saya faham tentang kebimbangan anda mengenai risiko jangkitan COVID-19. Menurut WHO, simptom-simptom yang lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 degree celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Hidung tersumbat ialah gejala yang orang ramai katakan sebagai selesema. Apabila terdapat jangkitan virus atau kuman pada saluran atas pernafasan, badan akan menghasilkan mukus.cecair pekat disekitar hidung atau saluran pernafasan bagi memastikan kuman atau virus tersangkut pada permukaan cecair tersebut. Maka, jika terlalu banyak mukus terhasil, terdpat risiko hidung tersumbat dan kesukaran bernafas melalui hidung. Namun, tiada sebarang masalah untuk bernafas menggunakan mulut.
Sesak nafas ialah gejala dimana pesakit perlu berusaha memasukkan angin kedalam dada seperti tercungap-cungap sewaktu bersukan namun realitinya pesakit sedang berehat. Nafas boleh menjadi pendek juga.
Sakit tekak ialah gejala yang boleh menyebabkan tekak pesakit perwana merah, berasa kering dan tidak selesa pada tekak. JIka ia teruk kadang-kala pesakit tidak boleh menelan air liur.
Bagi gejala berdasarkan kronologi, anda boleh menjadikannya sebagai bahan bacaan namun setiap individu itu unik dan gejala yang dihadapi sesorang juga unik. Maka, tidak semestinya, gejala yang ada pada individu tersebut anda akan alaminya.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































