
maisarahmarzuki07
5 tahun
Sakit tekak semasa mengandung
Salam doktor. Sy mengandung 3 bulan dan mengalami sakit tekak yang agak teruk. Suara sy hilang untuk beberapa hari dan masuk hari ke7, suara sy kembali sikit tapi agak kasar. Perlu ke sy risau? Suara sy akan kembali normal dalam jangka masa yang lama ke? Pada bila perlu sy berjumpa dgn dr semula?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, anda disarankan untuk kunjung ke clinic/hospital yang berdekatan untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan yang dapat membantu sakit tekak anda. Suara anda terjejas kerana peti suara tercedera disebabkan sakit tekak anda. Suara anda akan semakin pulih setelah anda berpulih dari sakit tekak anda.
Anda adalah amat disarankan untuk berhubung dengan pihak kami untuk mendapatkan rawatan yang bersesuaian. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih.