Sulit
3 tahun
Sakit tekak setelah pulang dari kota kinabalu sejak 2 hari lepas.perlukah saya menjalani ujian saringan covid19?
Saya merasa ketidakselesaan di tekak sejak 2 hari ini selepas pulang bercuti di kota kinabalu. Sakit yg sederhana. Tidak terlalu pedih. Tiada simptom lain seperti demam dan batuk. Suhu badan juga dibawah 37*c. Adkah sakit tekak ini dsbabkan kurang air atau dsbabkan udara yg kering? Sebab slama bercuti saya kurang minum air mineral dan tidur di bilik yang sejuk(aircond). Risau akan jangkitan virus covid 19. Perlukah saya menjalani ujian saringan covid?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Berdasarkan keterangan anda di atas, kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah sakit tekak sejak 2 hari selepas pulang bercuti dari Kota Kinabalu, Sabah. Untuk makluman anda, berikut merupakan simptom-simptom yang dihadapi bagi orang yang mengalami jangkitan COVID-19 :
- Demam panas
- Batuk atau bersin.
- Sesak nafas
- Sakit tekak
- Cirit-birit
- Muntah atau loya.
Seseorang yang dijangkiti COVID-19 akan mengalami simptom-simptom di atas secara kesuluruhan terutama sekali sesak nafas dan demam panas. Namun, kami tidak mengecualikan anda daripada mangsa jangkitan COVID-19 dan kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor mengenai sakit tekak anda.
Kemungkinan sakit tekak anda adalah disebabkan oleh penyakit lain seperti:
- Jangkitan kuman pada tonsil atau keradangan tonsil (Tonsilitis)
- Jangkitan virus seperti Infectious Mononucleosis
- Alahan pada tekak
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Sila pastikan anda mematuhi SOP yang ditetapkan seperti memakai topeng muka, amalkan jarakan sosial sejauh 1 meter, dan juga menjaga kebersihan tangan dan diri. Kami cadangkan agar anda tidak keluar dari rumah selama sekurang-kurangnya 2 minggu untuk memantau simptom-simptom lain yang berkait dengan jangkitan COVID-19. Bersama kita bekerjasama demi membanteras rantaian jangkitan COVID-19.
Untuk maklumat lanjut, sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami melalui atas talian secara peribadi untuk mendapatkan penyelesaian kepada masalah anda. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini