
Sulit
3 tahun
Sakit tekak sukar bernafas tiba tiba
mohon pencerahan…apakah jika sakit tekak atau bengkak di tekak boleh sebab sukar untuk bernafas?saya sukar untuk bernafas secara tiba2…sudah jumpa 3 orang doktor cakap saya tiada masalah…oxygen dan paru paru semua ok…doktor cakap saya mungkin stress…tapi saya sukar bernafas ketika sedang tidur secara tiba2…adakah kerana bengkak di tekak membuat saya sukar bernafas.

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami adna mengalami gejala kesukaran bernafas dan akan cuba membantu.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa punca yang boleh mengakibatkan gejala anda.
Antaranya:
- Radang tonsil; keadaan ini dapat menyebabkan anda mengalami sakit tekak dan kesukaran bernafas kerana saiz tonsil yang semakin membesar
- Pedih ulu hati (GERD) disebabkan oleh gangguan asid dari perut
- Serangan jantung
- Penyakit berkaitan dengan saluran pernafasan dan paru-paru seperti asma, jangkitan paru-paru
- Radang otot di bahagian dada
- Kekurangan sel darah merah (anemia)
Anda perlu berjumpa dengan doktor supaya puncanya dapat dicari dan rawatan dapat diberikan kepada anda. Anda juga boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.