
Sulit
5 tahun
Sakit tekak..Sukar telan air liur dan makanan
Hi Dr,saya wanita berumur 27tahun.
Semalam saya ada keluar beli barang dapur untuk keluarga di pasar raya.Balik dari pasar raya,saya terus mandi.
Kemudian saya ada mandi kolam dalam kawasan rumah saya.Air kolam tu saya tertelan sikit,bile dah jadi macam tu terus saya kumur2.Air kolam tu baru je saya isi. Habis dari mandi kolam tu,saya mandi lah macam biasa, malam nye saya sakit tekak susah nak telan air liur dan makanan.Bile cube nak telan makanan rase sampai ke telinge sakit.Adakah disebabkan saya tertelan air kolam tadi?
Sekarang ni saya tengah minom air lemon dan ubat sakit tekak yg lozenge tu.Terima kasih Dr.

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah ini boleh disebabkan oleh:
- Allergic rhinitis
- Tonsilitis
- Pharyngitis
- Jangkitan bakteria atau virus yang lain
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.