Sulit
5 tahun
Sakit tekak/tekak menjadi merah bengkak
Saya wanita berusia 31 tahun… Dr. Saya mengalami sakit tekak… Tekak saya menajdi merah bengkak… Skrng sudah hari ke2… Saya tiada gejala lain… Hanya sakit tekak… Adakah ini simptom covid19
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Sekarang kita sedang mengalami wabak coronavirus. Oleh itu, kami memahami kebimbangan anda.
Untuk makluman anda, berikut adalah gejala jangkitan coronavirus:
Sakit tekak
Batuk
Selsema
Demam
Sesak nafas
Sakit badan
Walaupun sakit tekak merupakan salah sati gejala COVID-19, akan tetapi gejala ini adalah sangat umum dimana banyak lagi masalah lain yang boleh menyebabkan sakit tekak. Antaranya:
Jangkitan bakteria/virus
Tekak luka akibat batuk
Tekak tercedera akibat makanan keras atau tajam
Terlalu banyak menjerit atau bercakap
Kurang minum air
Oleh yang demikian, risiko seseorang individu kepada jangkitan coronavirus sangat membantu pihak perubatan membuat keputusan sama ada gejala yang dialami disebabkan coronavirus atau penyakit lain. Risiko boleh diketahui dengan melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































