
theizah
5 tahun
Sakit tekak @ tekak merah
Saya wanita umur 24 tahun . Sebelum pada nie saya okey tak sakit tekak . Lepas pada saya pasang air cond dan suami umur 31 ubah setting kepada yang air saya , suami dan anak umur 3y&2y mengalami sakit tekak . Apakah punca dia sebab air cond yang dipasang dari mlm hingga pagi ? Sbb air cond belum di service selama 2thn .

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, pendingin hawa boleh menyebabkan udara menjadi kering. Ini boleh menyebabkan kulit, mulut, dan bibir kering. Anda boleh cuba meletakkan bekas berisi air setiap kali menggunakan pendingin hawa.
Namun yang demikian, sakit tekak biasanya disebabkan oleh jangkitan virus. Jadi tidak semestinya sakit tekak disebabkan pendingin hawa dirumah. Sakit tekak tersebut boleh disebabkan jangkitan yang diperoleh dari luar rumah.
Banyakkan minum air suam dan ambil lozenges(ubat sakit tekak) untuk kelegaan tekak. Jika gejala bertambah teruk atau tidak sembuh, segeralah berjumpa doktor.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.