
Sulit
3 tahun
Sakit tekak , tekak merasa pedas , tiba kesukaran panafasan dan muntah tangan merasa kebas
Sya lelaki berusia 27 tahun merasa tekak terasa pedas , muntah , kesukaran panafasan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Bagaimanapun, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Namun, secara umum, masalah sakit tekak boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Radang saluran udara/tekak - akibat jerebu
- Jangkitan kuman dalam saluran udara/tekak - gejala lain seperti batuk, demam
- Radang tonsil
- Jangkitan dan batu tonsil
- Luka pada tekak - akibat asid refluks (gastrik) atau makanan
Mengenai gejala tekak terasa pedas, muntah dan kesukaran bernafas, pihak kami memerlukan maklumat tambahan tentang perkara ini bagi mengenal pasti punca sebenar dan menilai sama ada ia berkaitan antara satu sama lain ataupun tidak.
Untuk mengetahui rawatan yang tepat, puncanya haruslah diketahui terlebih dahulu. Justeru, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Dapatkan kelegaan sakit tekak dan lalui hari anda dengan ceria .